Amaran hujan lebat berterusan untuk beberapa hari yang dikeluarkan Jabatan Kaji Cuaca tidak boleh dianggap ringan. Seperti tahun 2014, banjir besar langsung tidak diramalkan di Kelantan, namun sebaliknya nya terjadi dan menimbulkan keadaan panik mangsa yang terlibat.
Jadi amaran hujan berterusan ini harus dipandang serius dan persiapan awal menghadapi banjir perlu dilaksana bagi mengelak keadaan panik dan huru-hara.
https://www.facebook.com/madeinkelate/
Antara persiapan yang dikongsikan di laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia adalah seperti berikut :
Sebelum Banjir
- Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
- Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
- Pastikan lokasi pusat pemindahan.
- Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
- Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
- Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
- Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
- Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
- Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
- Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
- Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.
- Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.
Semasa Banjir
- Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
- Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
- Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
- Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
- Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
- Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.
- Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh
- Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.
- Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
Selepas Banjir
- Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
- Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
- Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut
- Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.
- Periksa paip gas yang mungkin bocor.
- Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.
- Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.
- Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.
- Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
Baca juga :
Sejarah Awal Kerajaan Kelantan Sebelum Masihi Lagi
KAFA jalin kerjasama dengan Al-Ikhsan
Bangga, Anak Kelantan ini Ubah Padang Pasir yang Tandus Menjadi Ladang Gandum yang Subur
EmoticonEmoticon