Terbaru, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala bagi saingan musim hadapan.
Walaupun musim ini pasukan The Red Warriors bergelut untuk kekal didalam Liga Super Malaysia selain mempunyai masalah kewangan, namun dibawah kepimpinan baru Puan Hajah Bibi Ramjani perkara ini telah berjaya diselesaikan sedikit demi sedikit.
Meskipun barisan pemain dan jurulatih masih belum dimuktamadkan untuk musim hadapan, namun sumber dalaman KAFA menyatakan sasaran ini adalah satu bentuk cabaran untuk saf pengurusan KAFA bekerja keras dalam menyediakan pasukan yang kuat dan kewangan yang kukuh untuk musim 2018.
Dikatakan sekarang ini KAFA sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pemain yang berkualiti selain mencari penaja dan menyusun pentadbiran dengan lebih kemas.
Apapun kita tunggu pengumuman selepas mesyuarat 11 November nanti.
Baca Juga :
2 comments
kemah sek kito
Ejas biar molek gkg 2@3 piala ctu duduk 2018
EmoticonEmoticon