Jersi Kelantan 2018 lebih kemas dengan dua penaja sahaja terpapar dihadapan



Jersi Kelantan 2018 bakal ditampilkan dengan lebih kemas dimana hanya dua baris penaja sahaja bakal dipaparkan di bahagia depan jersi sebagai penaja utama berbanding tiga baris penaja sebelum ini mengikut sumber Kelab Scoreboard SSMIV.
 kereta sewa murah di kota bharu

Pastinya lambakan penaja di jersi seperti musim 2017 bakal dikurangkan, namun ini tidak membawa maksud pasukan The Red Warriors semakin kehilangan nilai pasaran untuk menerima penajaan.

Kelantan FA masih lagi mempunyai nilai pasaran yang tinggi dengan kekuatan penyokong fanatik yang ramai di seluruh negara. 


Sebagai satu-satunya pasukan bolasepak di Malaysia yang "berdikari" tanpa mengharapkan dana dari kerajaan mahupun mana-mana individu dan tidak hanya mengharapkan dana hanya dari satu penaja besar untuk beroperasi, lambakan paparan penaja di jersi adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan.

Tindakan pengurusan KAFA untuk mengurangkan paparan penaja di jersi disambut baik. Selain menampakkan jersi yang lebih kemas bagi tahun hadapan, ianya juga dapat meningkatkan nilai penajaan dengan penaja berebut untuk membida dengan harga yang tinggi supaya logo mereka dapat dipaparkan di bahagian hadapan.

logo proton di EPL
Contoh logo penaja diletakkan di bangku simpanan

Penaja-penaja kecil juga seharusnya tidak lagi dipadatkan pada jersi utama. Sebagai pilihan, KAFA boleh meletakkan logo penaja-penaja kecil ini di jersi latihan, jersi travel, bench, ataupun papan iklan tambahan didalam stadium sahaja.

Apapun kami di Made in Kelate sentiasa menyokong dan mengharapkan satu perubahan positif dari semua aspek untuk pasukan The Red Warriors dibawah pengurusan yang baru ini.



EmoticonEmoticon