Satu berita yang mengecewakan peminat Mohamed Ghaddar di Kelantan. Penyerang sensasi ini sah tidak akan kembali ke pasukan lamanya The Red Warriors.
Selepas tidak disambung kontrak bersama JDT walaupun suatu ketika JDT sanggup membayar harga yang mahal untuk mendapatkannya dari Kelantan, Ghaddar memilih untuk bersama Melaka United musim hadapan.
Perancangan rapi kini giat dilakukan oleh pasukan Melaka United dalam usaha mereka memperoleh kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.
Menurut Berita Harian, Melaka United bakal membawa penyerang sensasi Liga Malaysia iaitu Mohammad Ghaddar dari JDT sebagai teraju utama di bahagian serangan mereka.
EmoticonEmoticon