Ini Sebab kenapa Kijang dipilih sebagai Lambang Rasmi Negeri Kelantan


Mungkin ramai rakyat Kelantan sendiri masih tidak tahu bagaimana Kijang menjadi Lambang Rasmi Negeri Kelantan. Kami di Made in Kelate ada jawapannya. Penggunaan haiwan sebagai lambang sesebuah kerajaan telah digunakan oleh kebanyakan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang memberi pelbagai maksud dan cerita kepada sesebuah negara. Seperti juga kerajaan lain di dunia, Kelantan menggunakan Kijang sebagai lambang rasmi negeri yang pastinya mempunyai asbab akan pemilihan haiwan itu.


Kijang adalah haiwan kesayangan Cik Siti Wan Kembang. Sewaktu pemerintahan KDYMM Sultan Ismail 1920-1944, Imej Kijang dipilih sebagai lambang negeri rasmi negeri Kelantan. Memetik daripada sebuah artikel yang dikeluarkan Persatuan Pencinta Sejarah Negeri Kelantan (PPSK), Kijang digunakan sebagai lambang negeri Kelantan berikutan kekaguman almarhum Sultan Ismail terhadap ketokohan Che Siti Wan Kembang dalam mempertahankan negeri Kelantan pada masa silam.

Menurut artikel itu lagi, Che Siti Wan Kembang bukan sengaja menjadikan kijang sebagai haiwan kesayangannya, dan jika diperkirakan secara logik akal kucing adalah lebih dekat dengan manusia malah ia lebih jinak serta manja dan sifat ini tidak terdapat pada Kijang. Pengamal Rawatan Tradisional menyatakan bahawa Kijang ini mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia, iaitu kasturi.

Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman, Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada bait-baik puisi,kisah-kisah romantis,lagu-lagu,epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.” 
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Imam Ibnu Qayyim r.a.h pernah menulis:

"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

ABU Hurairah berkata:

"Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu?
 Jawab Baginda:
"Daripada air." 
 Kami bertanya:
"Beritakan mengenai bangunan syurga!"
 Jawab Rasulullah bermaksud:
"satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut.
(Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Bagaimanakah haruman kasturi ini sampai ke dunia?

Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor kijang betina, lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga, dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.





Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/pods). Manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan. Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.

Ini adalah sebab kenapa Che Siti Wan Kembang menjadikan haiwan ini sebagai belaan kesayangan beliau.

Like page facebook Made in Kelate untuk mengikuti bacaan menarik tentang negeri Kelantan seperti asal usul negeri Kelantan dan Pemerintahan Kelantan terawal yang akan di update dari masa ke semasa.

Sejarah Awal Kerajaan Kelantan Sebelum Masihi Lagi

Bagaimana KAFA Menguruskan Pasukan Bolasepak Kelantan?

Ramai yang tidak tahu nama Kota Sultan Ismail Petra


EmoticonEmoticon