Sejak dari semalam, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.
Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".
Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.
Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.
Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.
Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.
EmoticonEmoticon