Perbandingan Aset Ketenteraan Malaysia vs Korea Utara



Melihat kepada data aset ketenteraan secara tidak rasmi, Malaysia mungkin kalah dalam bilangan tentera dan aset-aset ketenteraan kepada Korea Utara. Namun tidak ada sesiapa yang tahu kekuatan sebenar militar sesebuah negara itu yang pastinya tidak didedahkan kepada umum.


Isu tegang yang rancak diperkatakan diseluruh dunia ketika ini tentang hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Utara membimbangkan penduduk Malaysia yang membayangkan Malaysia bakal diserang oleh Korea Utara. Namun ianya tidak semudah itu.

Dunia mengetahui, Walaupun Malaysia adalah sebuah negara kecil yang tidak menonjolkan kehebatan tenteranya, Malaysia mempunyai pasukan gerak khas yang hebat dan dihormati dunia. Ini terbukti dengan beberapa misi menyelamat tentera pengaman PBB di kawasan bergolak dan menjadi antara anggota tetap yang dihantar sebagai pasukan pengaman. Tidak hairanlah Israel menuduh Malaysia sebagai markas dan tempat latihan tentera Al Qassam yang sangat digeruni Israel. Manakan tidak, tentera Al Qassam dikatakan bergerak seperti "hantu" dengan menyelinap dan melancarkan serangan tanpa dapat dikesan.

Didalam video dibawah, data ketenteraan tidak rasmi ini pastinya berpihak kepada Korea Utara yang jelas mempunyai kelebihan dalam bilangan tentera, kapal perang, jet pejuang dan lain-lain. Tapi ingat, tak lah bodoh sangat Korea Utara nak bawa kesemua aset perang mereka untuk menyerang Malaysia.

Faktor geografi juga membataskan Korea Utara untuk menyerang Malaysia kerana mereka terpaksa melalui beberapa buah negara seperti China, Vietnam, dan Thailand. Harus diingat Malaysia mempunyai hubungan baik antara negara-negara tersebut. Selain itu, hubungan baik Malaysia dengan negara-negara diseluruh dunia termasuk Amerika Syarikat pastinya membuatkan Korea Utara tidak berniat untuk menyerang Malaysia.



EmoticonEmoticon