Jersi Khas Kelantan 2018 Hasil kerjasama dengan BMW
Dalam laporan portal berita tempatan, Sinar Harian, Pasukan The Red Warriors bakal mengeluarkan jersi pasukan dan akan berada di pasaran hujung bulan ini. Jersi terbabit akan mula dipakai pasukan Kelantan bermula 16 Januari dalam kejohanan Sportfix Cup di Bukit Jalil.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan melancarkan jersi khas The Red Warriors (TRW) hujung bulan ini sempena Piala Super Boost SportsFix.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, jersi yang dikeluarkan dengan kerjasama BMW itu mungkin akan dilancarkan 29 Disember nanti.
"Kita akan menghadkan kepada 10,000 helai sahaja kerana kekangan masa dan ia akan dijual dengan harga RM89.
"Jersi khas ini istimewa kepada kita kerana kita diberi penghormatan mewakili negara dalam kejohanan tiga penjuru itu di Stadium Bukit Jalil Januari nannti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kelab Peminat Red Warriors Negeri Kelantan (KRWC) di Sweet Beach Resort, Tok Bali dekat sini, petang tadi yang turut dihadiri Pengerusi KRWC, Syed Abdullah Syed Mahmood dan beberapa pemain TRW.
1 comments:
Can you make money from gambling without your knowledge? - Work
Are you interested in 인카지노 sports betting, gambling games or gambling in general? หาเงินออนไลน์ Find out how to make money online with our 1xbet korean free guide.
EmoticonEmoticon