Namun begitu, setelah dipotong 6 mata oleh penganjur pertandingan FMLLP gara-gara pihak pengurusan Kelantan FA gagal membayar gaji beberapa bekas pemain dan jurulatih, Kelantan kini jatuh ditangga ketujuh dan hanya beza satu mata dengan pasukan di zon penyingkiran.
Ianya sesuatu yang amat pahit untuk ditelan oleh penyokong dan pemain-pemain yang bertungkus lumus berjuang menghadiahkan mata demi mata untuk pasukan. Isu tunggakan gaji ini sudah muak untuk diperkatakan oleh penyokong Kelantan dek kerana pengurusan seakan tidak serius menyelesaikan isu ini dan tidak memberikan jawapan yang konkrit kepada penyokong tentang permasalahan ini.
Disini kami juga malas nak bincangkan isu hutang KAFA, namun kami di Made In Kelate sebagai peminat bolasepak The Red Warrior tertanya-tanya bagaimana KAFA menguruskan pasukan?Persoalan ini timbul apabila sebuah artikel dari Football Channel Malaysia telah menimbulkan beberapa perkara yang KAFA gagal dalam pengurusan dalam rencana yang bertajuk "5 Sebab Kenapa Bola Sepak Kelantan Tiada Nilai Di Mata Penaja"
Antara petikan dalam artikel tersebut adalah :
"Fans engagement ini tidak sama untuk setiap pasukan negeri yang bertanding kerana faktor budaya, mentaliti dan sebagainya. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan dalam KAFA untuk mengenalpasti apakah pendekatan yang tepat dan berkesan untuk ‘menghidupkan roh’ bola sepak Kelantan yang sudah luntur. Tidak perlu meniru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh media pasukan lain kerana mungkin mereka pandai membaca ‘behaviour’ penyokong justeru wujudnya engagement yang kuat bersama pasukan.
Situasi fans engagement di Kelantan ketika ini cukup negatif. Penyokong ramai yang sudah ‘jauh hati’. Mereka masih menyokong pasukan tapi ia cuma sekadar sokongan tanpa jiwa.
Wujudkan aktiviti sebagaimana yang pernah diadakan dulu bersama masyarakat. Biar mereka ini tahu bahawa pasukan sentiasa bersama mereka. Mereka tidak minta ditaja tiket setiap perlawanan, cukuplah apresiasi atas sokongan mereka.
Mereka inilah yang sebenarnya ‘audience’ bagi penaja. Gagal mendekatkan pasukan bersama penyokong, sedarlah, bahawa akan memusnahkan pasukan – cepat atau lambat sahaja.
Kepada media KAFA, anda gagal mencari solusi perkara ini."
"Pasukan perlu menerangkan halatuju ini kepada penaja supaya mereka dapat menilai dan ‘allign’ dengan proposal tajaan mereka supaya dapat bergerak secara berjemaah. Proses ini tidak sukar sekiranya pasukan memang jelas dan faham dengan halatuju yang ditetapkan.
Persoalannya apakah pihak pengurusan menetapkan halatuju pasukan untuk 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang? Atau halatuju sekadar untuk survival dalam divisyen tertinggi bola sepak Malaysia?"
"Inisiatif lebih kreatif perlu dibuat lebih awal kerana KAFA tahu status kewangan semasa dan bukan apabila sudah ‘tersodok’ baru nak mula. Dimana perancangan jualan merchandise pasukan – duit kepada pasukan. Apa rekaan desain baru jersi yang patut sudah diselesaikan beberapa bulan sebelum musim berakhir supaya dapat dibuka pelancaran jersi baru SEBELUM musim baru bermula.
Ini semua merupakan pendapatan kepada pasukan untuk terus mengukuhkan status kewangan.
Soalan: Wujudkah team pemasaran dan jualan dalam KAFA untuk melaksanakan perkara ini?
Bagaimana pula dengan pemasaran di seperti website dan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap platform ini mempunyai audience yang berbeza dan menjadi tugas pasukan media KAFA untuk ‘tackle’ setiap platform atau channel ini untuk membawa hasil kepada pasukan. Penaja memerlukan ‘presence’ mereka dalam semua channel seperti ini dan ianya tidak berlaku."
Untuk artikel penuh anda boleh lihat disini : 5 Sebab Kenapa Bola Sepak Kelantan Tiada Nilai Di Mata Penaja
Beberapa persoalan timbul kepada pihak pengurusan KAFA,
Adakah mereka buat kerja?
Kenapa sebuah organisasi atau persatuan yang menguruskan wang berjuta-juta ringgit ini seakan-akan tidak tahu "berfikir"?
Wujudkah pegawai pemasaran, media, operasi dan lain-lain yang betul-betul specialist dalam bidang masing-masing untuk menggerakkan organisasi yang menguruskan jutaan ringgit ini?
Atau KAFA hanya ada beberapa pegawai yang betul-betul bekerja dan mereka ini terpaksa buat kerja multitasking? atau memang sebelum ni TSAM yang buat semua kerja, dan yang lain reti angguk je?
Boleh tak sesiapa tunjuk carta organisasi KAFA atau TRW Sdn Bhd?
Kami tinggalkan soalan ini untuk anda menjawabnya..
Kalau tiada jawapan jugak, Tepuk dahi tanyalah KAFA sendiri.
This is Kota Bharu |
EmoticonEmoticon