Melayu Kelantan Adalah Melayu Pertama Membuka Penempatan di Tanah Melayu


Melayu paling tulen ialah Melayu Kelantan. Sekumpulan 20 ahli sains dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk genetik, sejarah, pergigian, forensik dan mata merintis langkah menjalankan penyelidikan bagi mengumpul profil genetik masyarakat Melayu di Semenanjung. 
 Photography perkahwinan Kelantan
Adakah rupa asal orang Melayu ialah berkulit sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil?. Benarkah penghijrahan dan perkahwinan campur menyebabkan tiada lagi orang Melayu yang asli. 

Semua persoalan ini bakal terjawab apabila kajian yang dikenali sebagai Menjejaki Asal Usul Bangsa Melayu Menerusi Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan Analisis Genetik siap sepenuhnya menjelang 2008. 

Malah, kumpulan penyelidik itu sudah memulakan projek mereka sejak Januari lalu dan ketika ini berjaya mengumpulkan sampel daripada lebih 50 responden dari sub kumpulan etnik yang dikenal pasti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. 

Menarik mengenai kajian ini ia bakal melihat evolusi masyarakat Melayu di Semenanjung dengan menggunakan pembuktian bahawa orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayu ialah Melayu Kelantan. 

Melayu Kelantan dijadikan asas kajian kumpulan penyelidik itu kerana mereka yakin bahawa susur galur keturunan kumpulan Melayu itu dianggap masih tulen kerana ramai yang masih mengekalkan keturunan mereka tanpa campuran kaum lain. 

Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata sikap orang Melayu Kelantan sendiri yang agak tegas dalam pemilihan pasangan hidup juga diambil kira kerana ia dikatakan boleh mengurangkan pendedahan kepada perkahwinan campur yang sekali gus menjejaskan genetik asal kaum itu. 

Dalam kajian ini, katanya, kumpulan pengkaji akan mengenal pasti penempatan 14 sub etnik Melayu Semenanjung yang dipilih menerusi sejarah dan latar belakang sosio budaya. 

“Apabila penempatan dikenali pasti di Semenanjung, kita akan mendapatkan responden yang menetap di lokasi itu tetapi datuk nenek moyang mereka berasal dari tempat asal keturunan mereka seperti Minang di Indonesia. 

“Selepas responden dikenal pasti barulah kita ambil sampel darah, ukuran muka, gigi, mata dan rahang, selain mengumpul maklumat susur galur keturunan responden,” katanya yang ditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini. 

Dr Zilfalil berkata bagi Melayu Kelantan dan Minang di Negeri Sembilan, misalnya, pakar sejarah, Prof Madya Dr Ooi Keat Jin mengenal pasti beberapa lokasi penempatan awal di sepanjang Sungai Kelantan dan kawasan pantai serta pedalaman Negeri Sembilan. 

“Zaman dulu, penempatan awal di sepanjang sungai dan pantai kerana tiada jalan. Jadi, pakar sejarah akan mengenal pasti lokasi penempatan bagi membolehkan penyelidik mengambil sampel dari responden,” katanya. 

Dr Zilfalil berkata, tiga kaedah digunakan untuk mengesan genetik kaum itu iaitu mengekstrak DNA menerusi darah untuk mengkaji mitochondria yang hanya boleh diwarisi kaum ibu saja. 

Menerusi kajian ini, jika seorang wanita itu berkahwin dengan lelaki dari kaum lain dan berpindah ke tempat lain, susur galur asal usulnya boleh dikesan menerusi mitochondria. 

Kajian kedua pula membabitkan kajian kromosom Y-Short Tendem Repeat (Y-STR) untuk melihat evolusi kaum lelaki, misalnya, sekumpulan lelaki berhijrah ke tempat lain, asal usul kumpulan lelaki berkenaan boleh diperolehi menerusi ujian itu. 

Selain itu, kaedah ketiga yang digunakan ialah menggunakan Cip Mikro Array bagi mengesan Single Nucleotide Polymorphism (SNP) secara serentak untuk 50,000 variasi jujukan DNA seseorang individu. 

Kaedah ini membolehkan pengkaji mengesan variasi jujukan DNA yang ada pada satu-satu responden, yang akhirnya turut menyumbang jawapan kepada persoalan asal usul kaum menerusi kajian genetik.Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNA sekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.







Latest

1 comments:


EmoticonEmoticon